Sunday, February 23, 2014

IDEAL VS OBESITY

KORANG SEMUA YANG MANA SATU? ;) HEEE

ASSALAMUALAIKUM RAKAN DUNIA BLOG,
Okay aku terfikir nak sembang pasal topik ni sebab aku teringat time aku gemuk and chubby dulu.wakakaka.Semua orang mesti impikan bentuk badan yang ideal kan? Tak kira lah lelaki ataupun perempuan.So harini aku nak bagi tips yang sama aku amalkan waktu aku diet tiga bulan dulu.Siapa yang kenal aku tahulah gemuk mcm mana aku dulu and sekarang alhamdulillah dah slim and steady.HIHI.


Lets get straight to the point lah okay.Haaaa pertama sekali bila kita nak kurus ni kita kena ada azam yang kuat.Belilah penimbang berat dekat kedai tu and letak kat rumah.Bukan apa sebagai motivation hari hari yang akan korang lalui.Berapa lah sangat pun and jangan jadi haji bakhil eh? HAHA.Secondly korang kena buat jadual harian and kenalpasti jenis2 makanan iaitu karbohidrat ,protein dan lemak.Aku dulu kalau nak beli makanan time diet mesti tengok info nutrisi yang ada tertulis dekat pek makanan.Korang pun kena macamtu.Senang cerita ni aku bagi panduan tentang piramid makanan diet seimbang kengkawan :)

*makan makanan yang memberi tenaga
*makan makanan membina badan
*makan makanan yang menjauhi penyakit


Okay seterusnya aku nak bagi timetable yang korang boleh amalkan untuk berdiet ni eh.Nanti kalau dah slim jangan lupa bagi feedback pulak tau.HEEE.

SARAPAN PAGI-7PAGI
Amalkan makan cereal,buah buahan seperti pisang dan epal hijau.Segelas susu HL dan cukup sekadar 2 keping roti bakar berintikan kaya.

SARAPAN PAGI-10PAGI
Gantikan rutin pagi yang selalu kita makan iaitu nasi dengan bihun.Contohnya bihun sup dan lebihkan hirisan ayam di dalamnya.

MAKANTENGAHHARI-2PETANG
Separuh pinggan nasi sahaja yang dibenarkan bersama banyak hidangan sayur sayuran seperti kobis ,salad dan bayam.Kuantiti protein seperti ayam dan daging juga harus seimbang dengan pengambilan sayuran.

MINUM PETANG-5.30PETANG
Cuma rutin untuk membekalkan tenaga.Segelas susu dan 2 ulas pisang sudah mencukupi.

MAKAN MALAM-8MALAM
Amalkan makan banyak buah buahan seperti epal hijau dan cereal seperti oat.Inshaallah korang semua takkan kelaparan.



Alhamdulillah aku amalkan pemakanan yang macamni and aku dapat slimkan badan aku.Hahaha.Korang boleh cuba kalau nak.Aku hanya mampu berkongsi and menyuarakan pendapat je.Sebab bila kita dah dapat apa yang kita mahukan,secara automatiknya confidence level kita akan meningkat dalam melakukan sesuatu.Apa apa pun ingat kita diet untuk badan yang sihat okay?

BYE!BYE! :D

Saturday, February 22, 2014

#WOMEN

SALAM DIBERIKAN TANDA BERBAHASA ,
KERANA DIAJAR SEBELUM MENJADI DEWASA,
KITA BUKAN HAIWAN KITA MANUSIA,
TUJUAN BLOG BERKONGSI SESAMA KITA ;)


HYE!HYE!HYE!

PEREMPUAN- PENAWAR DAN JUGA RACUN DALAM HIDUP SESEORANG LELAKI???


AKU LELAKI.PEREMPUAN PERNAH JADI YANG TERINDAH AND YANG PALING MERACUNI DALAM HIDUP AKU.First of all a big apologize towards every women or girls out there that are now reading this blog or the ones that have read this.Aku tak ada niat apa apa cuma mahu berkongsi pendapat and luahan hati.Hope korang tade yang terasa hati kayy? :)

Kenapa aku buat post ni? Sebab suka suka je bosan.Haha senang ke jawapan? Okay lets get started.Apa apa pun first thing yang aku nak cakap,ibu aku seorang perempuan juga, and aku sayang dia sangat.Dia yang paling enjoy and memahami aku.And also sampai sekarang jugaklah dia menjadi penyeri dalam hidup ayah aku dan kami sekeluarga.Heee.Korang pun sayang ibu or mak korang kan? Sebab diorang ohsemm angat.HAHAHA.

Tapi aku just nak bagi tips and nasihat sikit je kat kawan2 yang sejenis aku senang cerita.Bagi yang baru berjumpa kawan perempuan yang baru,please,dont judge their behaviour based on their look.Ambil masa untuk kenali diorang.Bukan apa,sometimes ada yang jenis mempergunakan kita,no hard feeling but this is world bro.Madu atau racun! Haa korang dah besar panjang kan? So dah boleh fikir nak buat keputusan.

Perempuan yang baik sentiasa akan menjadi penyeri or penawar kita tak kira masa ataupun di mana.Manakala perempuan yang KURANG baik hanya akan berada di saat kita ada tawa,ada senyuman dan yang paling penting sekali ada money.Hahaaha aku cakap kurang baik eh kat situ tak kata jahat pun.Hehe.Aku pun tak berapa nak kenal dunia ni lagi,masih banyak yang perlu dipelajari and banyak jenis garam aku tak rasa lagi.Takot toq.Haha.

Aku berpegang pada prinsip yang selalu disematkan dalam kepala hotak aku tiap2 hari yang Allah dah sediakan yang terbaik untuk kita.Cuma kita yang perlu banyak berdoa supaya menemui jodoh kita tu.And bukan towards women je,lelaki pun banyak kekurangan.Kita sendiri digalakkan memperbaiki hubungan sesama manusia.Aku salah seorang yang mencuba ke arah itu.And satu je HAFIZ ZULKEFLI nak mintak kat sini for women,please stop the games.Bukan semua tapi pada yang terasa.OPPS.Haha.

Okaylah aku pun dah naik petak kepala ,mata dah macam lempeng pisang nak bukak pun asyik nak melekat je,so lebih bagus aku undur diri and kalau ada masa nanti aku menulis lagi di blog ini aku yang punya.HEEEE.SELAMAT MALAM SEMUA.ASSALAMUALAIKUM CINTA   ;)  #CINTAPADATEMANTEMAN




Friday, February 21, 2014

BANGUN MAKAN TIDUR

ASSALAMUALAIKUM?


Mudahan-mudahan semua yang membaca sihat di kala ini lah eh.Cewah.Aku buat post ni pun tengah malam bila tetiba bangun pukul 2 pagi.Saja bosan bosan tak boleh nak tido.Haha.Sebab tu lah tengok title pun bangun makan tidur.Heee.Penat toq kerja,habis kerja ke gymnasium pula ,bukan gymrama okay.Balik2 rumah harini macam biasa aku minum protein pastu landing atas katil terus shutdown.Apa lan?

Hahahaha pernah tak terjadi dekat korang macamni.Shit terlepas aku nak pergi gunting rambut.Padahal punya dah plan nak pergi malam ni.Tapelah bak kata orang tomorrow never dies ,tapi kita tak tahu pun kita dies bila kan?So banyak banyakkanlah beribadat.Hehehe mesti selit sikit dakwah tu :P

Haa kembali pada tajuk asal,aku bangun2 pun dah macam petak je kepala kan bangun terus basuh muka and terus ke dapur.Tade fikir apa dah dalam kepala cari makanan je.Fuhhh punya menarik tertarik dabom bom bombastik.
    
'JEMPUT MAKANG ORANG GANU KATE.HEHE'

Alhamdulillah sendawa kekenyangan menjamu selera di pagi hari dengan keheningan yang mendingin diri.Hahahaha amboiii ayat kite.Okaylah kengkawan ,setakat ni je nak share kisah romantik aku di pagi hari.And sehingga kita berceloteh di blog lagi.Salam aku cabot dulu bros! ;)


Thursday, February 20, 2014

'YANG DISANGKAKAN INTAN PERMATA RUPANYA KACA BERBISA'

ASSALAMUALAIKUM AKU UCAPKAN PADA SEMUA ,
NAMA DIBERI AMAT INDAH TAK BERPARASKAN RUPA ,
HAFIZ ZULKEFLI NAMA TERTERA ,
MENYUNTING ANDA SEMUA SALAM BICARA .



Bukan semua orang perfect.Aku salah seorang.Tapi aku tak pernah menidakkan ketidaksempurnaan aku.Sebab apa? Allah Maha Mengetahui apa yang kita berkata dan apa yang orang lain menokok tambah apa yang kita kata.Korang faham-faham sendiri jelah.

Siapa yang tak sayang keluarga?Kawan-kawan? Tapi kalau orang yang kita sayang buat silap tak salah kita nak menegur kan? And tolonglah stop act like an innocent one.Kalau diri dah salah mengaku je.Tak ada rugi pun kita buat macamtu kan?

For what benefit kita nak cover kesalahan kita dengan menuding jari dekat orang lain? Untuk bahagia yang sementara? Ingat bahawa Allah sentiasa memerhati.Aku saja je nak uji bukan berniat pun tapi betul kata paksu aku yang kita jangan nak percaya and terlalu rapat dengan orang sekeliling sebab zaman moden bro.Haha apa apa boleh jadi,kalau tak takdelah kes bapak rogol anak,abang rogol adik kan? Itu sebagai contoh jela.

Okay apa apa pun ini blog aku yang punya.Aku menulis bukan kerna nama tetapi sebagai perkongsian dengan semua.Ambil iktibar pabila terlanjur dan jadikan pengajaran untuk tidak terlanjur kali kedua.
Hee sekian. Bloggerrrrrrrrrrrrrrr? Peace yo! :D

FRIENDSHIP OR LOVE?


'CINTA ITU MEMANG INDAH JIKA KITA SELAMI'



'SAHABAT SEJATI SENTIASA DI SISI'


SALAM PERMULAAN DUNIA BLOG ;)

                   Hye semuanya sahabat handai dan juga blogger2. Harini hati aku terdetik nak berkongsi and share pengalaman aku pasal topik kali ni lah kan. Hehe. Yelah kita semua tahu kan dalam dunia or zaman yang macam sekarang ni , macam2 ragam manusia kita boleh tengok . Antaranya yang berpura pura seperti dalam post aku yang baru-baru ni. So harini kita touch lah pasal yang sweet2 pulak kan? Kalau asyik topik panas je siapa yang nak baca pun kan? So shall we? :D

                   Okay , siapa yang korang rasa lebih penting dalam hidup korang? Kekasih atau sahabat? Soalan ni aku tujukan pada orang yang ada kekasih lah kan. Hehe kadang2 bila kita keluar dengan kawan-kawan , mulalah time tu girlfriend kita nak call ke nak jumpa kan? Haha aku pernah lalui saat macamni and taktahu nak cakap macam mana sebab bila kita keluar dengan kawan girlfriend kita kata tak sayang pulak kan? HEE SORRY aku just andaikan je okay. Sebab kebanyakan kita kalau keluar dengan kawan mesti nak enjoy and jarang on fon kan? Tapi yelah girlfriend kita care pasal kita sebab tu dia jadi meroyan macamtu kot? Hahaha sorry sayang kalau baca blog ni. 

                   Manisnya cinta ini tak jauh bezanya dengan manisnya kurma ini. Tagline aku ,sorry kalau tak berapa attractive. Haha .Bagi aku,selamilah cinta selagi kita mampu dan jangan sia siakan pasangan kita. Cintai dan kasihilah dia sebagaimana kita kasihkan ibu kita. Fuyooo ayat aku. HAHAHA. Bagi aku jugak sahabat tidak kurang pentingnya dalam kehidupan kita. Tanpa mereka tiadalah tawa dan tanpa mereka juga tiadalah duka. 


   KENAPA LELAKI AMAT SUSAH MENJADI KAWANBAIK SEORANG PEREMPUAN?               

          

                      SAHABAT. Siapa tahu maksud sahabat? Senang je cakap kawan lah apa lagi kan?
Tapi mana mereka sewaktu kita memerlukan? Segelintir sahabat sejati je yang masih berada di sisi sewaktu kita berduka. Mereka jugalah yang menjadi lagu dalam hidup kita. Hargailah sahabat kita selagi kita masih mempunyai sahabat kerana sahabat sejati sekarang amatlah susah dicari .
Korang pun mesti ada sahabat baik kan? Aku tumpang gembira dekat korang sebab aku pernah ada kawan baik selama 5 tahun dan sekarang aku dan dia seperti orang asing. KENAPA? 



                        Its all about trust .Aku tak salahkan dia. Aku dipisahkan dengan kawan baik aku sendiri oleh satu lontaran fitnah yang aku sendiri tak expect time tu. Until now aku masih ingat insan yang bergelumang dengan dosa sepanjang hidup dia tu. But past is past ,what we have to do know is to do awesome in our life .YEAHHH! Haha overexcited pulak.Sorry ye kawan-kawan.
Salam penutup kata dari yang ikhlas, Muhd Hafiz B Zulkefli.Sehingga ke story yang lain pula.   Adios ! ;)
  

Sunday, February 16, 2014

KENAPA PERLU BERPURA-PURA?

'SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT'

'AKHIRNYA JATUH TERJOLOPOK JUGAK.HAHAHA.'


SALAM SAUDARA ,

          Kali ni aku nak cerita pasal kisah dalam kehidupan kita. Ombak2 kehidupan yang mencoretkan setiap manusia di muka bumi ni.Hahaha aku yakin korang memang selalu dengar peribahasa ni kan? of course lah sebab kita pun tengok tv jugak , bila tengok tv ada berita tengok berita ada pulak penyamun kantoi kena tangkapkan? Haa dah kena lah dengan peribahasa tu.

TAPI.....

          Itu bukan topik yang aku nak share kat sini. Haaa ok mcmni lah , aku nak tanya pendapat korang eh pasal orang yang bertalam dua muka ni . Macam mana muka diorang ah? Separuh manusia separuh anjing ke? OPPS! Sorry lah terkasar bahasa sikit. Biasalah emosi manusia bukan senang nak jaga kan? HAHAHAHA..

          Kenapa aku buat post yang macamni? Sebab aku tak GEMAR & BENCI ada orang yang berhatikan ular macamni di sekeliling aku. So, aku sarankan kalau berkawan tu kan, tak kisah lah dekat mana ke sekolah ke pejabat ke bersukan ke, jangan terlalu open tentang kisah kita dengan mereka mereka ni. NESCAYA.. cewah berpujangga pulak aku dekat sini, hahaha, kita akan sering dihujani dengan fitnah2 yang tiada usul kebenarannya.

          Aku bercakap pasal aku dah ada pengalaman deal dengan orang2 macam ni. Macam2 ragam,ada yang jenis lupa diri pun ada. Okay aku bagi contoh dekat sini ,dia baru masuk crowd kita sebagai orang baru and bila dah selesa dengan orang lama mula nak tun juk diri tu bagus sangat lah weh? PUIHHH aku ludah je kat orang macamni. Hahaha OPPS mintak maaf sekali lagi emosi terlepas.

          Okay last aku nak kongsikan sekali ,kita sesama umat Islam tak perlu lah nak bermuka muka sesama kita. Nescaya hidup kita tak aman, percayalah. Kawan bersuka ria memang senang kita genggam , tapi bila sampai masa berduka adakah mereka di saat kita perlu? Bagi kawan yang sejati sudah tentu akan ada untuk kita pada kedua dua masa tersebut. 

          Ini blog hafiz zulkefli yang punya bukan ahmad albab yang punya. Hehehehe. Sehingga kita bertemu lagi yaa? Assalamualaikum dan sejahtera ke atas semua ;) ;) ;)

    

Thursday, February 13, 2014

SIAPA LEBIH TABAH? LELAKI ATAU PEREMPUAN?


TEGAP SANGAT NAMPAK ABANG NI.TAPI TABAH KE?



PEREMPUAN NI TAK SETEGAP LELAKI DI ATAS TAPI ADAKAH DIA 
MEMPUNYAI KETABAHAN YANG LEBIH ?


SALAM PEMBUKA BICARA ,MAAF DIPINTA JIKA TERSALAH KATA  :)

Seringkali kita semua bercanggah pendapat.Jadi apa kata kali ni kita huraikan pendapat kita pada topik kali ni.Hee.Mintak maaf kalau terlalu formal eh?Okay,pada pendapat saya lah,semua manusia tak kira lelaki ataupun perempuan berbeza.Sama macam yang kita dapat tengok dekat gambar tu kan?

Okay point saya adalah ,Allah itu Maha Berkuasa dan juga yang paling istimewa bagi kita umat islam.So,ketabahan setiap manusia itu bergantung pada diri kita sendiri,cara kita menangani semua rintangan yang datang kepada kita.Saya sendiri pun pernah melalui beberapa masa yang amat sukar.Memang kita merasakan diri kita tak cukup tabah,tapi cuba korang bayangkan ,adik2 yang dekat Palestin tu macam mana?Sejujurnya saya menyanjung ketabahan diorang.Tak kira lah lelaki atau perempuan mana satu yang tabah,asalkan ada keimanan dan kepercayaan yang kuat ,Inshaallah Allah akan menemani kita dan menolong kita.

Hai saya Muhd Hafiz B Zulkefli, cuma blogger biasa yang ingin berkongsi cerita dan pendapatnya dengan semua.Sekali lagi maaf atas segala kekurangan yang ada dan mudah mudahan akan diperbaiki di masa yang akan datang.Inshaallah.AMIN.Assalamualaikum :)