Sunday, February 23, 2014

IDEAL VS OBESITY

KORANG SEMUA YANG MANA SATU? ;) HEEE

ASSALAMUALAIKUM RAKAN DUNIA BLOG,
Okay aku terfikir nak sembang pasal topik ni sebab aku teringat time aku gemuk and chubby dulu.wakakaka.Semua orang mesti impikan bentuk badan yang ideal kan? Tak kira lah lelaki ataupun perempuan.So harini aku nak bagi tips yang sama aku amalkan waktu aku diet tiga bulan dulu.Siapa yang kenal aku tahulah gemuk mcm mana aku dulu and sekarang alhamdulillah dah slim and steady.HIHI.


Lets get straight to the point lah okay.Haaaa pertama sekali bila kita nak kurus ni kita kena ada azam yang kuat.Belilah penimbang berat dekat kedai tu and letak kat rumah.Bukan apa sebagai motivation hari hari yang akan korang lalui.Berapa lah sangat pun and jangan jadi haji bakhil eh? HAHA.Secondly korang kena buat jadual harian and kenalpasti jenis2 makanan iaitu karbohidrat ,protein dan lemak.Aku dulu kalau nak beli makanan time diet mesti tengok info nutrisi yang ada tertulis dekat pek makanan.Korang pun kena macamtu.Senang cerita ni aku bagi panduan tentang piramid makanan diet seimbang kengkawan :)

*makan makanan yang memberi tenaga
*makan makanan membina badan
*makan makanan yang menjauhi penyakit


Okay seterusnya aku nak bagi timetable yang korang boleh amalkan untuk berdiet ni eh.Nanti kalau dah slim jangan lupa bagi feedback pulak tau.HEEE.

SARAPAN PAGI-7PAGI
Amalkan makan cereal,buah buahan seperti pisang dan epal hijau.Segelas susu HL dan cukup sekadar 2 keping roti bakar berintikan kaya.

SARAPAN PAGI-10PAGI
Gantikan rutin pagi yang selalu kita makan iaitu nasi dengan bihun.Contohnya bihun sup dan lebihkan hirisan ayam di dalamnya.

MAKANTENGAHHARI-2PETANG
Separuh pinggan nasi sahaja yang dibenarkan bersama banyak hidangan sayur sayuran seperti kobis ,salad dan bayam.Kuantiti protein seperti ayam dan daging juga harus seimbang dengan pengambilan sayuran.

MINUM PETANG-5.30PETANG
Cuma rutin untuk membekalkan tenaga.Segelas susu dan 2 ulas pisang sudah mencukupi.

MAKAN MALAM-8MALAM
Amalkan makan banyak buah buahan seperti epal hijau dan cereal seperti oat.Inshaallah korang semua takkan kelaparan.



Alhamdulillah aku amalkan pemakanan yang macamni and aku dapat slimkan badan aku.Hahaha.Korang boleh cuba kalau nak.Aku hanya mampu berkongsi and menyuarakan pendapat je.Sebab bila kita dah dapat apa yang kita mahukan,secara automatiknya confidence level kita akan meningkat dalam melakukan sesuatu.Apa apa pun ingat kita diet untuk badan yang sihat okay?

BYE!BYE! :D

No comments:

Post a Comment